Powered By Blogger

Saturday 3 December 2011

Antonim

1. Antonim ialah kata yang berlawanan ertinya.
2. Contoh antonim ialah:

  • buka- tutup
  • siang- malam
  • sempit- luas
  • manis- masam
  • suka- duka

Sinonim

1. Sinonim ialah kata-kata yang sama erti.
2 Contoh sinonim ialah:-

  • nyata-terang, jelas
  • bangga- megah
  • bendang- sawah
  • bengis- garang
  • pelik- ganjil, aneh
  • lalai- cuai
  • berdukacita- bersedih

Kata Bilangan

1. Perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
2. Kata bilangan boleh menunjukkan jumlah yang tertentu sifatnya.
3. Contoh kata bilangan

  • kata bilangan tak tentu- beberapa, segala, setengah-setengah
  • kata bilangan tentu- satu, dua, tiga
  • kata bilangan pecahan- suku, satu pertiga, setengah
  • kata bilangan pisahan- masing-masing, setiap, tiap-tiap
  • kata bilangan tingkat- pertama, kedua, ketiga
  • kata bilangan himpunan- kedua-dua, berminggu-minggu, ratusan
  • kata bilangan tanya- berapa 

Thursday 24 November 2011

Kata Perintah

1. Digunakan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan,silaan atau permintaan.
2. Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.
3. Kata-kata perintah digunakan seperti tolong, sila, jemput, dan jangan adalah kata perintah.
4. Contoh:
  • Tolong diam
  • Jangan lalu di kawasan ini
  • Usah sedih lagi
  • Jemput duduk

Kata Hubung

1. Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat.
2. Kata hubung ialah perkataan yang bertugas sebagai penyambung dua klausa atau lebih supaya menjadi satu ayat majmuk.
3. Contoh:
  • tetapi- Mastura kurus tetapi adiknya gemuk.
  • kerana- Zainal tidak ke sekolah kerana demam.
  • dan- Mazlan menggosok gigi dan mandi sebelum ke sekolah.
  • atau- Kamu suka minuman sejuk atau panas?

Kata Tanya

1. kata tanya digunakan untuk menanyakan benda, orang, masa, bilangan, tempat dan sebagainya.
2. kata tanya digunakan untuk membentuk ayat tanya.
3. Contoh:
  • Apakah nama kucing itu?
  • Siapakah nama ibu anda?
  • Bagaimanakah anda datang ke sekolah?
  • Mengapakah anda bersedih?
  • Bila anda tiba?
  • Mana kaca mata anda?
  • Berapa harga baju ini?

Monday 14 November 2011

Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri dengan sendiri.
  • kata kerja tak transitif terdiri daripada:
    • kata dasar- contoh: Mereka tidak datang ke sekolah pada hari ini.
    • berimbuhan ber-contoh: Mereka berjalan kaki ke rumah nenek mereka.
    • berimbuhan ter-contoh Adik terjatuh dari buaian