Saturday, 3 December 2011

Antonim

1. Antonim ialah kata yang berlawanan ertinya.
2. Contoh antonim ialah:

  • buka- tutup
  • siang- malam
  • sempit- luas
  • manis- masam
  • suka- duka

Sinonim

1. Sinonim ialah kata-kata yang sama erti.
2 Contoh sinonim ialah:-

  • nyata-terang, jelas
  • bangga- megah
  • bendang- sawah
  • bengis- garang
  • pelik- ganjil, aneh
  • lalai- cuai
  • berdukacita- bersedih

Kata Bilangan

1. Perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
2. Kata bilangan boleh menunjukkan jumlah yang tertentu sifatnya.
3. Contoh kata bilangan

  • kata bilangan tak tentu- beberapa, segala, setengah-setengah
  • kata bilangan tentu- satu, dua, tiga
  • kata bilangan pecahan- suku, satu pertiga, setengah
  • kata bilangan pisahan- masing-masing, setiap, tiap-tiap
  • kata bilangan tingkat- pertama, kedua, ketiga
  • kata bilangan himpunan- kedua-dua, berminggu-minggu, ratusan
  • kata bilangan tanya- berapa