Powered By Blogger
Showing posts with label ammar. Show all posts
Showing posts with label ammar. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Sinonim

1. Sinonim ialah kata-kata yang sama erti.
2 Contoh sinonim ialah:-

  • nyata-terang, jelas
  • bangga- megah
  • bendang- sawah
  • bengis- garang
  • pelik- ganjil, aneh
  • lalai- cuai
  • berdukacita- bersedih

Thursday, 24 November 2011

Kata Perintah

1. Digunakan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan,silaan atau permintaan.
2. Kata perintah digunakan untuk membentuk ayat perintah.
3. Kata-kata perintah digunakan seperti tolong, sila, jemput, dan jangan adalah kata perintah.
4. Contoh:
  • Tolong diam
  • Jangan lalu di kawasan ini
  • Usah sedih lagi
  • Jemput duduk

Saturday, 12 November 2011

Kata Nama Arah

  • kata nama arah digunakan selepas kata sendi dan untuk menunjukkan arah.
  • Contoh kata arah atas, bawah, dalam, luar, hadapan, belakang,kiri, kanan, tepi, antara, tengah, penjuru

sebagai umat islam, ini adalah arah yang paling betul..........

Wednesday, 9 November 2011

Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. kata ganti diri terbahagi kepada tiga iaitu:-
  • kata ganti diri pertama
  • kata ganti diri kedua
  • kata ganti diri ketiga
Contoh kata ganti diri
  • kata ganti diri pertama- aku, beta, kami, patik, saya
  • kata ganti diri kedua- awak. engkau, kamu, tuanku
  • kata gantidiri ketiga- baginda, mereka, beliau, dia

Friday, 4 November 2011

Kata Nama Am.....

  • Digunakan untuk menyebut benda hidup dan benda bukan hidup. Ia ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat.
  • Contoh: bulan, pasar, abang, meja, kereta, sekolah dan sebagainya.